Minggu, 06 September 2009

Takkan Pernah Aku Jemu

Kerapkali diri ini khilaf.. berlumur noda..
Sering di tipu oleh nafsu dan syaitan..
Ya Allah, mengapa kadangkala dunia kelihatan sangat indah di mata ini..
Ya Rabb, mengapa diri ini begitu mudah tertewas dengan kebahagiaan sementara dan palsu..

Ampunkanlah aku, Ya Tuhan…
Pada siapa lagi aku harus menangis…
Pada siapa lagi diri ini hendak merintih..
Pada siapa lagi hati ini meluahkan segala gala nya..
Hanya pada Mu…

Aku takkan pernah berhenti mencari cinta Mu..
Aku takkan pernah serik menggapai redha Mu..
Takkan sesekali aku penat mendamba kasih Mu…

Tidak sesekali..
Tidak akan…

Aku mahu mati dalam redhaMu..
Aku ingin mati bersama kasih sayang Mu..
Aku mahu mati bersama kecintaan yg sgt besar terhadapMu..

0 komentar:

Posting Komentar